Tuesday, December 31, 2013

Awasss wanita Bulu lebat tanda penyakit


LELAKI berbulu lebat mungkin dianggap macho, tetapi keadaan sebaliknya bagi wanita. Malah, berbanding lelaki, wanita berbulu lebat lazimnya mengundang perhatian kerana dianggap memalukan.

Apakah ini biasa atau petanda masalah kesihatan? Dari segi perubatan, masalah pertumbuhan bulu berlebihan ini dikenali ‘hirsutism.’ Corak pertumbuhan dan sebarannya mirip lelaki dan lebih ketara pada bahagian muka, dada, sekitar areola, punggung, paha serta sekitar alat sulit.
Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof Dr Shah Reza Johan, berkata secara amnya penyebab hirsutism terbahagi kepada beberapa punca iaitu pengeluaran atau penghasilan hormon androgen berlebihan, komplikasi pengambilan ubat-ubatan selain impak penyakit kronik yang dialami individu berkenaan. “Faktor pertambahan hormon androgen pula dicetuskan oleh pelbagai masalah lain, misalnya obesiti,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Jelas Dr Shah Reza, bagi wanita, hormon androgen dikeluarkan oleh kelenjar adrenal dan juga ovari dengan fungsi asalnya untuk mengawal nafsu syahwat.

Sistem pengeluaran hormon ini kompleks dan dikawal oleh kelenjar di otak, pituitari dan juga hipotalamus. Ada beberapa keadaan yang akan menyebabkan berlakunya pertambahan androgen iaitu masalah obesiti, sindrom ovari polisistik, gangguan hormon, hiperprolaktinemia, penyakit akromegali, hiperplasia kongenital adrenal dan sindrom Cushing.
Menurut Dr Reza, hirsutism boleh berlaku akibat barah ovari juga barah kelenjar adrenal. Barah jenis ini menyebabkan berlakunya peningkatan paras hormon adrogen dalam tubuh wanita.
Selain itu, pengambilan sesetengah jenis ubat juga boleh memberikan kesan sampingan berlakunya hirsutism dan juga hipertrikosis. KeadHipertrikosis adalah keadaan bulu-bulu yang tumbuh di tempat yang bukannya di bawah pengaruh hormon androgen.

Jelas Dr Shah Reza, hirsutism ada kalanya bersifat kekal namun bergantung kepada penyebabnya. Bagaimanapun, secara umum kesan hirsutism sukar pulih. Ia mungkin boleh dikawal atau dirawat secara pembedahan dan pengambilan ubat-ubatan.

“Apabila hirsutism berlaku, bulu-bulu yang ada hanya dapat dihapuskan secara fizikal, manakala rawatan penyakit yang menyebabkan hirsutism akan membantutkan pertumbuhan bulu-bulu baru.

“Secara kosmetik, bulu yang berlebihan ini boleh dikurangkan secara ‘bleaching’ atau diwarnakan supaya kurang jelas kelihatan, cukur, cabut serta secara elektrolisis dan juga perawatan laser terutama bulu yang tumbuh di muka,” katanya.

Namun bagi rawatan pengambilan ubat-ubatan, ia memerlukan rundingan lanjut dengan doktor. Pil cegah kehamilan pada dos estrogen yang tinggi boleh membantu. Bagaimanapun, ada banyak lagi senarai ubat-ubat boleh digunakan, tetapi perlu mendapat preskripsi oleh doktor supaya kesan samping dapat diminimumkan.

Dr Shah Reza berkata, hirsutism juga boleh dialami wanita hamil walaupun ia agak jarang ditemui. Ini kerana wanita hamil alami paras hormon estrogen dan progesteron yang tinggi.

“Tetapi ada juga wanita hamil yang mengalami masalah hirsutism disebabkan peningkatan hormon prolaktin. Penyakit kencing manis semasa mengandung juga memungkinkan keadaan hirsutism,” katanya.

Hirsutism ketika hamil juga boleh dikaitkan dengan masalah ‘hypereactio luteinalis’ iaitu berlakunya peningkatan paras hormon lelaki androgen ketika wanita itu berbadan dua.

“Namun, bagi wanita hamil ia adalah satu keadaan peralihan yang berkaitan dengan hormon prolaktin. Oleh itu, jangan rungsing kerana ia bersifat sementara. Begitu juga jika hirsutism yang berlaku akibat hypereactio luteinalis,” katanya.

FAKTA: Punca pertambahan hormon adrogen


* Obesiti - Ia berkait rapat masalah insulin yang gagal memainkan peranan secukupnya.

* Sindrom Ovari Polisistik - Wanita yang mengalami sindrom ini biasanya mendapati diri mereka sukar hamil. Tubuh mereka cenderung gemuk, kulit berminyak, berjerawat, haid sedikit serta tidak menentu. Wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai ovari yang berpolisistik serta paras hormon androgen yang tinggi.

* Masalah gangguan hormon seperti penyakit endokrin hipotiroid.

* Hiperprolaktinemia - Paras hormon prolaktin tinggi dalam badan. Hormon ini lazimnya berkait rapat dengan pengeluaran susu, walaupun wanita itu tidak hamil.

* Penyakit Akromegali - Disebabkan peningkatan abnormal hormon tumbesaran dan juga kegagalan insulin.

* Hiperplasia kongenital adrenal - Ketiadaan atau ketidakhadiran enzim-enzim tertentu dalam badan yang menyebabkan lebih banyak hormon lelaki androgen terhasil.

* Sindrom Cushing - Membabitkan peningkatan abnormal hormon-hormon steroid termasuklah hormon lelaki androgen
ReadFull Article ..

Monday, December 30, 2013

Kelompok Pencuri Ditangkap Kerana Posting Foto di Internet

Sabtu, 27 April 2013
Foto pencuri yang dipajang di Facebook (Foto: Daily Mail)
Foto pencuri yang dipamer di Facebook

 (Foto: Daily Mail)

LONDON – Sekelompok pencuri kereta mewah diEngland  ditangkap polis setelah memposting foto bersama barang-barang curiannya ke jejaring sosial Facebook.

Geng penjenayah yang memiliki kepakaran pencurian kereta mewah seperti BMW, Range Rover, Porsche, dan Mercedes ini, berhasil ditangkap setelah salah seorang pelaku memposting fotonya ke facebook yang sedang duduk di kap kereta hasil curiannya.

Salah seorang jurucakap pihak  polis  mengatakan bahawa kedelapan lelaki itu sering berbohong di facebook mengenai kekayaannya. Pemuda-pemuda itu sering memposting foto-foto yang menggambarkan kekayaan mereka padahal hartanya itu didapatkan dengan mencuri. Demikian seperti dikutip dari Daily Mail, Sabtu (27/4/2013).

Ada beberapa foto yang memperlihatkan mereka duduk di atas kereta curian, sambil minum sampanye, memakai Rolex, dan berpose dengan tumpukan wang.

Bahkan dalam salah satu foto yang dilakukan, Conor Murphy, ini terlihat sedang menggigit wang di dalam dua potong roti, seperti sedang memakan roti isi. (faj)okezone.com
ReadFull Article ..

Sunday, December 29, 2013

Jalan Raya vs Sungai siapa yang menang

Gak tau kejadiannya dmn. Silahkan aja lihat gambarnya. Semoga gak ripos

masih retak dikit


mulai agak gede


kliatan sungainya


jebol



sungai vs jalan
ReadFull Article ..

Saturday, December 28, 2013

PENYAKIT ALASAN PUNCA KEGAGALAN



Apakah punca kegagalan? Punca paling besar adalah selalu membuat alasan. Jadi, penyakit yang selalu ada dalam kalangan orang yang gagal adalah orang yang selalu beralasan untuk berjaya dan melaksanakan tugasnya.
Di kalangan mereka ini, ada yang mengharapkan bulan jatuh ke riba tanpa melakukan usaha. Angan-angan mat jenin sudah menjadi tabiat mereka. Kerja mereka hanya goyang kaki dan mengharapkan nasib semata-mata.
Tahukah anda bahawa orang yang bijak tidak menggunakan alasan yang sama yang dibuat oleh orang yang gagal walaupun mereka boleh melakukannya. Kadang-kadang, mereka juga sakit, keletihan, buntu dan tiada idea tetapi mereka tidak menjadikan perkara ini sebagai penamat atau penghalang daripada terus berusaha sebaliknya mereka menjadi lebih ghairah untuk mencari penyelesaiannya.
Suatu perkara yang lebih buruk lagi, orang yang selalu beralasan dengan sesuatu alasan, katakanlah dia selalu beralasan bahawasanya dia tidak sihat, maka sebenarnya dia telah memfokuskan dirinya dalam keadaan sakit dan tidak bermaya. Walaupun, dia tahu itu hanyalah alasan yang dibuat pada sesuatu ketika tetapi dia lupa bahawasanya perkara itu sedang berakar umbi dalam dirinya. Seluruh tubuh sedang berusaha untuk menjadikan dirinya lemah dan tidak bermaya kerana dia telah memikirkan demikian.
Hal ini telah dibuktikan dengan seorang yang menghidap penyakit kencing manis tahap normal. Beliau merasakan dirinya tidak sihat dan terlalu berhati-hati dalam semua perkara bagi mengelakkan dirinya tercedera atau terkena jangkitan. Beliau juga mengurungkan diri sendiri dalam bilik dan kurang bergaul dengan orang lain. Kesannya, tubuh badannya menjadi semakin lemah dan penyakit kencing manisnya semakin kronik.
Apakah alasan yang sering orang gagal gunakan ?
1. Saya tidak sihat
Ini alasan yang paling banyak sekali digunakan. Bayangkan, kita banyak gunakan alasan ini dan hasilnya kita tidak ke kelas atau tempat kerja berhari-hari. Katakanlah dalam setahun, kita telah menggunakan alasan ini 5 kali bermakna kita telah menghabiskan diri masa kita untuk berada dalam alasan ini selama 5 hari. Dan 5 hari bermakna 5 x 24 jam = 120 jam. Lama tu! Bayangkan kalau kita gunakan masa itu untuk kita menulis, saya kira kita sudah mampu menghabiskan 2-3 bab.
Apakah sakit yang bermasalah? Tidak. Sakit tidak bermasalah tetapi yang bermasalah adalah menggunakan alasan sakit untuk duduk dan berbaring semata-mata tanpa melakukan apa-apa kerja. Anggapkan hari sakit anda seperti hari-hari biasa. Lakukan kerja harian seperti biasa dan abaikan fikiran kita daripada mengingati sakit. Jangan bercakap dengan orang lain tentang sakit dan keadaan anda kerana ianya hanyalah menambahkan lagi kesakitan dan anda lebih tidah bermaya. Syukurlah dengan apa yang anda hadapi sekarang. Berapa lama anda mengecapi nikmat kesihatan sebelum Allah berikan kesakitan? Pastinya kesakitan ini hanyalah sekejap jika dibandingkan dengan kesihatan.
2. Saya tidak cukup pandai
Ini adalah sikap orang yang terlalu merendah diri. Puncanya, anda terlalu memandang rendah terhadap keupayaan diri sendiri dan memandang tinggi keupayaan orang lain. Pandanglah diri kita sebagai insan yang luar biasa dan mempunyai kemampuan yang istimewa yang belum kita cungkilkan lagi. Cari peluang untuk mencungkil bakat yang terpendam itu.
Ingatlah bahawa ilmu bukanlah kuasa atau penyebab seseoran itu berjaya kerana ramai orang yang berilmu tetapi tersungkur di tengah jalan menuju kejayaan. Ilmu adalah potensi kuasa sahaja sebaliknya yang menjadikannya berkuasa adalah mengaplikasikan ilmu.
Selain itu, orang yang genius bukanlah orang yang berjaya di atas muka bumi ini. Kebanyakan orang yang berjaya di dunia ialah orang yang tidak sempat menghabiskan persekolahan mereka. Mereka hanyalah orang berjaya mengawal pemikiran mereka untuk berjaya.
3. Saya terlalu muda/ tua
Faktor umur dalam menggapai kejayaan adalah tidak penting. Semua orang mampu berjaya. Tiada istilah terlewat dalam berjaya. Selagi mana anda ada keinginan untuk Berjaya maka anda mampu melakukannya. Just do it!
Ramai orang muda yang mengetuai organisasi yang kebanyakan ahlinya adalah orang tua. Yang penting bukan tua atau muda tetapi bagaimana anda menguruskannya dan menghargai orang lain yang lebih tua daripada anda.
Mengikut kajian, umur yang produktif adalah antara 20 tahun hingga 70 tahun. Maka, jika kita masih dalam linkungan ini, teruskanlah usaha untuk berjaya. Sebaliknya, jika sudah terkeluar dalam lingkungan ini tetapi merasa yakin mampu untuk menggapai kejayaan, maka buktikan kajian tidak benar dan anda mampu melakukannya.
4. Saya sentiasa bernasib malang
Siapakah yang tahu nasib anda? Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Apakah kerja anda? Usaha dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Mengharapkan nasib semata-mata adalah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.
Buatlah perubahan. Pasti di sana ada sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki. Tingkatkan diri anda kepada yang lebih baik. Banyakkan membaca dalam bidang yang diceburi serta buat sedikit kajian tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri dalam bidang tersebut serta kelebihan dan kekurangan pihak lain. Insya Allah, pastinya anda akan mendapat peluang yang diharapkan.
Kesimpulannya, janganlah beralasan walaupun alasan itu benar kerana ia hanyalah melemahkan diri anda. Positif dalam berfikir dan bertindak. InsyaAllah, anda pasti Berjaya. Jumpa di sana!
Ar-Razi,
Fes, Maghribi.
[sumber]

ReadFull Article ..

Friday, December 27, 2013

‘Imej Seksi Bukan Gambaran Jahat Nabila’ – Johan As’ari

Imej Seksi Bukan Gambaran Jahat Nabila - Johan


PETALING JAYA – Pelakon Johan As’ari menganggap imej seksi yang ditampilkan pelakon Nabila Huda semasa Anugerah Blokbuster yang berlangsung Sabtu lalu bukanlah gambaran terhadap tuduhan kejahatan wanita itu secara menyeluruh.
Johan, 26, berkata, masyarakat tidak seharusnya menilai anak kepada penyanyi terkenal, Amy (Search) itu hanya kerana pakaian seksi yang digayakan sebaliknya perlu melihat sisi dalaman Nabila.
“Pakaian bukan ukuran untuk menggambarkan keperibadian dirinya kerana sepanjang saya mengenali Nabila, dia adalah seorang sahabat yang baik, cukup mengambil berat dan mementingkan keluarga.
“Malah jika tiada sebarang aktiviti dia lebih gemar duduk di rumah bersama anaknya,” ujar Johan ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Selasa.
Pelakon itu diminta mengulas imej seksi yang ditampilkan Nabila semasa hadir pada majlis Anugerah Blokbuster yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dekat sini Sabtu lalu.
Cara pemakaian Nabila turut mendapat reaksi Amy yang kurang senang dengan imej berkenaan kerana ia boleh mengundang kontroversi buruk terhadap Nabila sendiri.
Amy yang turut berada pada majlis itu dikatakan telah menasihati Nabila supaya menutup dengan selendang pada bahagian badannya yang terdedah.
Sementara itu Johan memberitahu, semasa bertemu pada malam anugerah itu dia telah melihat Nabila dalam keadaan yang agak sopan apabila bahagian yang dimaksudkan telah ditutup dengan selendang.
“Saya tidak tahu sejauh mana pakaian tersebut dikatakan terdedah kerana semasa berjumpa dengannya dia mengenakan selendang untuk menutupi bahagian yang terdedah itu.
“Saya yakin dia tahu apa yang dilakukan dan bijak membawa diri. Selebihnya saya tidak berani nak komen,” ujarnya.
Dalam pada itu, Johan menafikan desas-desus hubungannya dengan wanita tersebut yang dikatakan pasangan bercinta sebelum ini renggang disebabkan tidak mendapat restu keluarga.
Johan berkata, keluarganya tidak pernah menghalang dia berkawan baik dengan Nabila dan turut merestui hubungan rapat yang terjalin di antara mereka.
“Tidak pernah timbul soal tidak mendapat restu keluarga kerana kami bukannya bercinta. Namun saya akui kami sudah jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Bagaimanapun dia masih sahabat baik saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Johan sedang sibuk dengan penggambaran filem Paku di sekitar Kuala Lumpur.
Selain itu, dia juga bakal muncul dengan drama bersiri Syahadah Cinta menerusi saluran Al Hijrah dan telefilem Udin Balik Kampung (RTM). – MStar
ReadFull Article ..

Thursday, December 26, 2013

10 Selebriti yang pernah bermasalah di pesawat

Inilah daftar para tokoh terkenal yang pernah mengalami masalah penerbangan.

1. Gerard Depardieu
http://hermawayne.blogspot.com
Gerard Depardieu, bintang “Inspector Bellamy” seperti kembali menjadi anak kecil ketika dia harus pipis di dalam botol air minum pada penerbangan Air France menuju Dublin. Rekannya mengatakan, kesalahan ada pada masalah prostat Depardieu, bukan minuman keras. Saat memberitakan masalah ini, penyiar CNN Anderson Cooper sampai tak kuasa menahan tawa.

2. Billie Joe Armstrong
http://hermawayne.blogspot.com
Gitaris sekaligus vokalis band Green Billie Joe Armstrong Joe, dikeluarkan dari penerbangan Southwest Airlines Oakland menuju Burbank. Penyebabnya? Celana yang terlalu melorot. Ada yang mau membelikannya ikat pinggang?

3. Josh Duhamel
http://hermawayne.blogspot.com
Josh Duhamel, salah satu pemeran dalam film “Transformers”, dipaksa turun dari penerbangan New York menuju Kentucky tahun lalu karena menolak mematikan BlackBerry miliknya. Mungkin dia sedang mengirimkan pesan ke istrinya Fergie untuk bertanya mengapa dia bertingkah menyebalkan.

4. Kevin Smith
http://hermawayne.blogspot.com
Sutradara “Clerks” Kevin Smith, dikawal keluar pesawat Southwest Airlines karena dianggap melanggar peraturan “ukuran pelanggan”. Kasarnya, dia dianggap terlalu gemuk untuk terbang.

5. Jonathan Rhys Meyers
http://hermawayne.blogspot.com
Sang raja dalam film “The Tudors”, Jonathan Rhys Meyers, ditolak dalam penerbangan dari New York menuju Los Angeles bulan Mei lalu karena perilakunya yang dianggap membuat onar. Meyers dilaporkan telah menenggak minuman keras sebelum terbang. Ini membuat dirinya didepak dari penerbangan United Airlines tersebut. Menjadi raja memang tidak selalu menyenangkan.

6. Naomi Campbell
http://hermawayne.blogspot.com
Penampilan model kondang Naomi Campbell tampaknya berbanding terbalik dengan perilakunya yang sangat buruk. Tahun 2008 dia diborgol dan dipaksa keluar dari sebuah penerbangan di Bandara Heathrow karena diduga memaki seorang awak penerbangan dan meludahi seorang polisi.

7. Christian Slater
http://hermawayne.blogspot.com
Christian Slater ditahan di Bandara JFK New York pada tahun 1994 saat mencoba masuk pesawat sambil membawa senjata api. Aktor “Heathers” itu mendapatkan hukuman yang mengharuskan untuk menghabiskan waktu 3 hari bersama anak-anak tunawisma.

8. David Hasselhoff
http://hermawayne.blogspot.com
Pada tahun 2009, British Airways menolak bintang “Baywatch” David Hasselhoff ikut dalam penerbangan karena mabuk. Juru bicara Hasselhoff mengatakan bahwa aktor itu tidak mabuk, melainkan berada di bawah pengaruh antibiotik.

9. MoNique
http://hermawayne.blogspot.com
Komedian dan aktris Mo’Nique dipaksa turun dari penerbangan United Airlines setelah adu mulut dengan awak kabin tentang pengering rambut. Pemeran film “Precious” itu menyalahkan isu ras sebagai penyebab insiden tersebut.

10. Peter Buck
http://hermawayne.blogspot.com
Gitaris R.E.M Peter Buck menyebabkan keributan dalam sebuah penerbangan dari Seattle menuju Heathrow pada tahun 2001. Dia menabrak nampan makanan, memaksa untuk menyimpan pisau-pisau dari troli yang terbalik, kemudian menyemprotkan yogurt ke segala arah saat berusaha melawan awak kabin.


sumber
ReadFull Article ..

1971 seri Diponegoro

Terdiri dari pecahan 100, 500, 1000, 5000 dan 10000 rupiah yang tidak jadi diterbitkan


Rencananya seri ini akan digunakan untuk menggantikan seri Sudirman, tetapi tidak jadi diterbitkan, sehingga seri Diponegoro ini hanya dapat ditemukan dalam bentuk SPECIMEN.


Seri ini termasuk sangat langka dan bernilai jual sangat tinggi. Angka tepatnya tidak dapat ditentukan mengingat seri ini cukup sukar ditemukan di pasaran.



Pecahan 100, 500 dan 1000 rupiah
.



Pecahan 100, 500 dan 1000 rupiah Diponegoro SPECIMEN
.
.

Hanya pecahan 1000 rupiah yang akhirnya diterbitkan pada tahun 1975. Walaupun bentuknya mirip tetapi terdapat perbedaan sangat besar antara keduanya.
.
1. Emisi 1971 memiliki ukuran yang lebih kecil daripada emisi 1975
2. Emisi 1971 tidak tercetak tahun penerbitan
3. Emisi 1971 memiliki tanda air Diponegoro, sedangkan emisi 1975 bertanda air Gajah Mada
4. Harga keduanya jelas berbeda sangat jauh
Perhatikan pula kemiripan antara pecahan 100 rupiah Diponegoro dengan 100 rupiah 1977, antara 500 rupiah Diponegoro dengan 500 rupiah 1977 dan antara 5000 rupiah Diponegoro dengan 5000 rupiah 1975.


Pecahan 5000 dan 10000 rupiah Diponegoro SPECIMEN
.
.
Seri Diponegoro 1971 SPECIMEN bersama-sama dengan seri binatang pecahan 10, 25, 5000 rupiah SPECIMEN dan juga Sukarno 2500, 5000 rupiah SPECIMEN, merupakan kunci dari seluruh uang kertas Indonesia yang sangat-sangat sulit ditemukan serta bernilai jual sangat tinggi. Sedikit sekali kolektor yang memiliki semua pecahan ini secara lengkap.
.
.
.
Kritik dan saran, sampaikan ke: arifindr@gmail.com
ReadFull Article ..

Wednesday, December 25, 2013

Pernah Tengok Pokok Pisang Berwarna Merah

Pisang Merah, juga dikenali sebagai pisang Red Dacca  di Australia, dan di Malaysia khabarnya ia banyak dijumpai di Sabah dan Sarawak dengan nama pisang raja udang atau pisang tembaga.
 


Pisang ini mempunyai kulit berwarna merah-ungu biasanya bersaiz lebih kecil daripada pisang Cavendish biasa. Apabila masak, pisang merah mentah mempunyai isi berwarna krim.  


Mereka juga lebih lembut dan lebih manis daripada pisang jenis Cavendish kuning, dengan sedikit rasa raspberry. Kebanyakan pisang merah dieksport dari pengeluar di Asia dan Amerika Selatan ke pasaran Amerika Tengah malah turut dijual di seluruh dunia.



source: wikipedia
ReadFull Article ..

Tuesday, December 24, 2013

Melawat Taman Tema Angry Bird Land di China

Angry Bird Land dibina dengan latar belakang permainan popular Angry Bird, antaranya mempunyai papan gelongsor, tempat permainan berpasir dan berbumbung serta pelbagai lagi hiburan bertemakan Angry Bird.

Di taman tema ini, pengunjung bukan sahaja ditayangkan dengan watak-watak Angry Bird menerusi filem dan rancangan televisyen, malah boleh mendapatkan kostum-kostum Halloween, buku resepi, permainan dan pakaian bertemakan permainan popular tersebut.











Selain di China, beberapa buah taman tema Angry Bird akan turut dibina di seluruh dunia, dengan yang terbaru akan dibuka di Finland pada pertengahan tahun ini.

sumber: utusan malaysia, google image

ReadFull Article ..

Monday, December 23, 2013

Miliki Deria Keenam Yana Samsudin Sering Diganggu Mimpi Rambut Dan Firasat Misteri

Miliki Deria Keenam, Yana Samsudin Sering Diganggu Mimpi, Rambut Dan Firasat Misteri | Bagi seseorang yang mempunyai kelebihan deria keenam, ada masanya deria itu membawa kebaikan dan adakalanya ianya mendatangkan masaalah. Begitulah yang terjadi kepada Yana Samsudin.
Miliki Deria Keenam, Yana Samsudin Sering Diganggu Mimpi, Rambut Dan Firasat Misteri

Yana yang juga merupakan seorang pelakon, pe­ngarah, penulis skrip dan penyanyi mempunyai deria keenam sejak kecil ini selalu tidak sihat. Malah sebelum ini ketika menjayakan drama Adnan Sempit the Series, suhu badannya naik mendadak menjelang Maghrib dan akan kembali normal pada waktu Subuh.

Tambah Yana lagi, pernah panas badannya mencecah 42 darjah Celsius hingga beberapa kali dinasihatkan doktor supaya dimasukkan ke hospital. Tambah pelik, doktor tidak dapat mengesan punca penyakitnya.
Bahkan bukan itu saja, pelakon filem wanita popular Anugerah Bintang Popular BH 2012 ini turut berdepan kejadian aneh di mana sering bertemu gumpalan rambut bukan saja di rumah, tetapi tempat kerja.
Menurut Yana lagi, perkara itu berlarutan hingga ke hari ini, malah teman serumahnya memaklumkan dia sering meracau di tengah malam.
“Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi perkara ini merunsingkan fikiran. Saya tenggelam punca kenapa tiba-tiba demam dan selalu jumpa rambut. Sampai satu tahap, saya tidak boleh fokus berlakon disebabkan badan dan otak terlalu penat.
“Saya mamai di lokasi hingga orang ingat saya ambil benda tak elok, walhal semua itu kesan ubat antibiotik yang doktor beri. Sehari dua mungkin kita tahan tetapi kalau setiap hari perkara sama berulang (demam malam), kita akan jadi lemah. Macam-macam kaedah dilakukan doktor untuk me­ngesan punca sebenar demam berlarutan, tetapi tiada jawapan.
“Keadaan semakin teruk bila saya berlakon cerita seram. Selalu saya jumpa gumpalan rambut di bilik air, walhal saya sudah bersihkan bilik sebelum keluar. Bila belek, rambut itu panjang, sedangkan rambut saya pula pendek. Tak ada orang lain gunakan bilik air saya melainkan saya seorang.
“Pernah ketika mahu masuk lif, ada rambut panjang melintang di pintu masuk,” katanya sambil menghela nafas.
Berdasarkan apa dilalui, ada kenalan mencadangkan dia bertemu orang bijak pandai kerana mungkin disihir, namun si manis ini tidak mahu bersangka buruk. Buat masa ini, dia masih bertahan dan akan terus bertahan selagi mampu.
Bukan itu saja pengalaman pelik dialami Yana. Katanya, dari dulu gerak hatinya kuat, malah dapat membaca apa yang berada dalam fikiran orang lain.
Kerap dia didatangi mimpi indah dan menakutkan. Namun yang membuatkan dia gelisah apabila mimpi itu seakan-akan alamat, begitu juga apa yang terdetik di hatinya.
Lebih musykil apabila kebanyakannya menjadi kenyataan. Andai apa yang terlintas di hati atau dimimpikan itu indah tidak mengapa namun jika sebaliknya, dia pasti runsing memikirkan apa bakal berlaku.
“Saya tidak pasti sama ada ini kebetulan atau satu kelebihan. Jauh di sudut hati, saya takut apabila apa yang terlintas di hati benar-benar berlaku. Mimpi buruk atau indah pula bagaikan alamat supaya saya beringat atau bersedia kerana tidak lama selepas itu saya berdepan situasi seakan-akan jawapan kepada mimpi itu.
“Pernah ketika memandu, saya nampak kanak-kanak menunggang basikal. Ketika itu saya dapat rasakan dia akan mengalami kemalangan dan ia benar-benar berlaku. Itu antara kejadian yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.
“Saya tidak tenang bila fikirkan apa rahsia di sebalik semua ini. Susah hati jadinya, namun saya kena kuatkan hati. Saya tidak boleh lemah kerana bukan semua buruk. Ada juga yang baik-baik berlaku. Cuma ada ketikanya saya rasa penat,” katanya. SUMBER

ReadFull Article ..

Sunday, December 22, 2013

Akibat Balas Dendam Seorang Lelaki Mati Ditembak Sembilan Das

Akibat Balas Dendam, Seorang Lelaki Mati Ditembak Sembilan Das


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan dua individu dalam satu kejadian di kawasan flat Taman Sri Serdang, dekat sini malam Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi, Bernard Ooi Boh Beng, 39, ditembak enam das di bahagian dada dan tiga das lagi masing-masing di ketiak sebelah kanan, lengan kiri dan perut.
Ketua Polis daerah Serdang, ACP Abd Razak Elias berkata polis percaya motif kejadian kerana balas dendam berdasarkan jumlah tembakan yang dilepaskan.
Semasa kejadian, Bernard, seorang penganggur, sedang berjalan kaki dari sebuah restoran untuk pulang ke rumahnya di kawasan tersebut sebelum dihampiri sebuah kereta Proton Waja berwarna perak, yang dipercayai dinaiki lebih daripada dua individu yang kemudiannya melepaskan 15 das tembakan sebelum melarikan diri, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata mangsa yang masih bujang dan tinggal berseorangan mati di tempat kejadian. Polis kini sedang memeriksa latar belakang mangsa termasuk rekod jenayah lepas.
Abd Razak berkata mangsa yang telah setahun menganggur sebelum ini pernah bekerja di sebuah syarikat kontraktor pengubahsuaian rumah.
Katanya, polis juga mengambil keterangan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian. – BERNAMA
ReadFull Article ..

Saturday, December 21, 2013

Alif Satar Cemburukan Kejayaan Hafiz


PENYANYI Alif Satar mengakui dia mencemburui kejayaan Hafiz Suip yang dilihat begitu pantas mengukuhkan kedudukan sebagai salah seorang artis yang berjaya.

Alif atau nama sebenarnya Alif Mohd Satar, 23, berkata, perasaan cemburu yang diluahkan itu bagaimanapun bukan satu perkara negatif sebaliknya kagum dengan pencapaian yang diraih penyanyi yang popular dengan lagu Bahagiaku Deritamu itu.

“Memang saya sangat mencemburui Hafiz tetapi dalam konteks yang positif. Kejayaan yang dimilikinya itu merupakan impian saya sejak berusia 16 tahun lagi.

“Saya rasa iri hati lebih-lebih lagi saya yakin bakat nyanyian yang ada ini mampu melakukan lebih baik,” katanya kepada mStar online.

Bagaimanapun tambah Alif, dia terpaksa akur bahawa rezekinya untuk meraih perhatian dan populariti daripada peminat masih belum tiba.

Dalam pada itu, Alif tertanya-tanya apabila sehingga kini karier nyanyiannya masih belum stabil tidak seperti mana rakan-rakan seangkatan dengannya.

Alif turut mengakui terkilan dengan situasi itu apabila bakatnya masih belum dilihat secara meluas oleh masyarakat.

Sementara itu, Alif yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Shadila, 29, tahun depan yakin kerjaya seni yang masih lagi dibina tidak mungkin akan terjejas.

Alif sebaliknya menganggap rezekinya sebagai penyanyi mungkin akan lebih luas selepas mendirikan rumah tangga kelak.

“Pada pendapat saya, hal peribadi dan kerja tidak perlu dicampuradukkan dalam kehidupan seharian.

“Dan berkahwin juga tidak mungkin boleh menjejaskan periuk nasi kita kerana perkahwinan itu adalah salah satu ibadah Dan semestinya selepas berumahtangga, rezeki juga Insya Allah pasti akan bertambah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alif baharu sahaja muncul dengan album terbaharu berjudul Definisi. – mStar
ReadFull Article ..

Friday, December 20, 2013

Facebook Azmin Ali pulak digodam cybertrooper Umno

KUALA LUMPUR 28 Jan: Laman facebook Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali digodam dipercayai serangan cybertrooper Umno BN.
Penggodam meninggalkan mesej seolah-olah mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat yang mahu menunjukkan terdapat kelemahan sistem keselamatan pada laman tersebut.

Serangan penggodam di laman facebook Azmin
Penggodam yang memperkenalkan diri sebagai SGP Cyber Army,  memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan terhadap keselamatan laman web dan serangan cyber pihak lawan dari BN.

Sebelum itu heboh mengenai laman facebook milik Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, digodam dan menyiarkan permohonan maaf beliau kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Dalam kenyataan lewat petang semalam, Rafizi menafikan permohonan maaf tersebut dan menjelaskan bahawa akaun beliau digodam.

Menurut Rafizi, laman facebooknya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari digodam, selepas laman facebook Azmin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
ReadFull Article ..

Thursday, December 19, 2013

13 Fakta Mengenai Penguin

Pernah nonton film Madagascar? Film animasi yang sempat menarik perhatian anak-anak dengan cerita soal hewan-hewan di salah satu kebun binatang. Diantara tokoh ceritanya, ada 4 penguin Skipper, Kowalski, Private dan Rico) yang begitu lucu. Sehingga dibuatkan film seri animasi tentang 4 penguin tersebut yaitu "The Penguin of Madagascar".

Penguin memang digemari oleh setiap orang di dunia ini. Warnanya yang hitam dan putih seolah memakai setelan tuxedo, berikut cara jalannya yang unik, siapa yang tidak jatuh cinta? 


Ada 13 fakta seputar penguin yang perlu diketahui karena keunikannya. Apa sajakah itu?

1. Ada 18 spesies penguin di dunia. Sementara beberapa spesies berkembang, 13 dari mereka populasinya semakin menurun. Apalagi ancaman pemanasan global yang mencairkan es di kutub semakin memperparah keadaan penguin-penguin di kutub.

2. Penguin hanya ditemukan di belahan bumi selatan. Sementara kebanyakan orang hanya mengasosiasikan dengan penguin Antartika, sesungguhnya populasinya dapat ditemukan juga di Amerika Selatan, Afrika Selatan, Australia dan Selandia Baru.

3. Spesies penguin Utara adalah penguin Galapagos, yang hidup sepanjang tahun di dekat khatulistiwa.

4. Penguin kehilangan kemampuan untuk terbang jutaan tahun lalu, tapi sirip seperti sayap yang kuat dan tubuh ramping membuat mereka sangat hebat berenang, bahkan mereka adalah spesies burung yang dinobatkan sebagai perenang tercepat penyelam terdalam.

5. Saat berenang, penguin akan melompat di atas permukaan air. Mantel bulu mereka memiliki gelembung kecil yang mengurangi gesekan, dan memungkinkan mereka untuk berenang secepat 20 mil per jam (32 kpj).

6. Penguin termasuk burung atau hewan karnivora. Makanan mereka berbagai hewan laut yang berbeda, termasuk ikan, cumi, udang, dan hewan kecil lainnya.

7. Mata penguin bekerja lebih baik di bawah air daripada yang mereka lakukan di daratan. Bahkan air sekeruh apa pun, mereka masih bisa melihat mangsanya.

8. Penguin Kaisar (Emperor) adalah yang terbesar dari spesies penguin dan beratnya bisa sampai 90 pon (45 Kg). Penguin peri adalah yang terkecil dan beratnya hanya 2 kilogram.

9. Penguin mata kuning diyakini sebagai spesies penguin paling langka, populasinya tinggal sekitar 5.000 burung. Mereka hanya dapat ditemukan di sepanjang pantai tenggara Selandia Baru dan pulau-pulau terdekat.

10. Penguin adalah burung sosial yang membentuk koloni, dan biasanya memakai sistem penomoran pada setiap keturunannya. Jadi mereka pun punya sistem sensus yang hanya dimengerti oleh mereka saja.

11. Penguin Kaisar dan penguin Raja tidak membuat sarang. Bila mereka bertelur akan dierami dengan cara mendekapnya di kaki dan bisa tetap hangat karena ada kulit di bagian bawah badannya yang disebut brood pouch.

12. Penguin Kaisar jantan akan mengerami telur mereka selama dua bulan di musim dingin tanpa makan sementara betinanya berada di laut. Selama waktu itu, mereka hidup dari cadangan lemak dan mungkin kehilangan setengah berat badan mereka. Ketika betinanya kembali segera setelah si anak menetas, kini giliran penguin jantan pergi mencari makan.

13. Tergantung pada spesies, seekor penguin liar dapat hidup 15-20 tahun. Selama hidup, penguin menghabiskan 75 persen waktu usianya di laut.


sumber
ReadFull Article ..

Wednesday, December 18, 2013

Pasangan suami isteri Inggeris siksa anak sendiri hingga meninggal

  03 Ogos 2013 
 Daniel Pelka (Foto: PA)  
Daniel Pelka (Foto: PA)
LONDON – Pasangan suami-isteri dari England, Marius Krezolek dan Magdalena Luczak, diganjar hukuman penjara seumur hidup. Keduanya terbukti bersalah menyiksa anak laki-lakinya sendiri hingga meninggal.
 
Daniel Pelka baru berumur empat tahun ketika terbunuh secara menyedihkan pada Mac. Luczak merupakan ibu kandung Pelka, sedangkan Krezolek berstatus sebagai ayah tirinya.
 
“Kalian melakukan aksi yang sangat brutal dan sadis,” ujar hakim dalam keputusannya, seperti dikutip Independent, Sabtu (3/8/2013).
 
“Kalian gagal menjalankan tugas utama sebagai orangtua untuk anak yang memerlukan kasih sayang anda,” lanjutnya.
 
Kisah tragis Pelka mengejutkan warga Inggeris. Mereka bertanya-tanya kenapa tidak ada pihak yang menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
 
Pihak sekolah sebenarnya   curiga ketika melihat Pelka menjadi semakin kurus. Kanak-kanak itu juga kedapatan mengais makanan dari tong sampah. Namun, Luczak berdalih puteranya mengidap kelainan untuk menutupi perbuatannya.
 
Hasil bedahsiasat  menunjukkan, Pelka meninggal setelah menerima pukulan keras di bahagian kepala. Petugas juga menemukan kanak-kanak itu mengalami cedera di beberapa tulangnya.
 
ReadFull Article ..

Tuesday, December 17, 2013

PRU13 SPR sudah sedia 85 Maksudnya belum bersedia penuh

Wartawan Sinar Harian
12 Oktober 2012
Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof - Foto Sinar Harian Rosli Talib
PUTRAJAYA –  Persiapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka diadakan bila-bila masa, sudah mencapai 85 peratus, demikian menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Bercakap dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian Online di pejabatnya di sini hari ini, Abdul Aziz berkata, hanya tinggal beberapa perkara yang perlu diuruskan kerana ia melibatkan kos yang tinggi jika dibuat terlalu awal.

“Saya difahamkan kalau dakwat, kita tidak boleh beli sekarang. Dakwat tidak boleh disimpan lebih tiga bulan.

“Nak tempah kapal terbang, nak tempah helikopter, sewa pun mahal... beratus-ratus ribu, kemudian bolehlah ambil dakwat kita dan sebagainya,” katanya merujuk kepada kos pengangkutan dan tempoh sah laku dakwat kekal, yang pertama kali akan digunakan.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pilihan raya kali ini perlu dilakukan dengan teliti memandangkan beberapa perubahan besar telah dilakukan seperti penggunaan dakwat kekal dan undi awal bagi menggantikan undi pos di kalangan anggota tentera, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan isteri masing-masing kerana bertugas pada hari pengundian.

“Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini terlalu banyak perkara baru. Jadi kita perlu berhati-hati.

“Sebagai contoh penggunaan dakwat  kekal dan pengundian awal akan dilaksanakan dalam PRU yang akan datang. Ini kali pertama akan digunakan. Bunyinya memang mudah tetapi melaksanakannya, ia adalah perkara yang perlu berhati-hati. Takut tersilap dan sebagainya," ulasnya.

“Jadi maknanya kalau dari segi persediaan itu, saya boleh katakan 85 peratus. Cuma ada beberapa perkara (sahaja lagi perlu disiapkan)… tapi kalau kata pilihan raya esok, tak bolehlah," kata beliau dengan berseloroh.

Sekiranya Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013, pilihan raya selewat-lewatnya akan diadakan pada penghujung Jun atau awal Julai 2013.

Angin bertiup kencang, PRU13 tidak akan diadakan tahun ini bagi memberi laluan kepada beberapa insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2013 sampai kepada rakyat.

Namun ada juga desas-desus yang mengatakan Najib akan membubarkan Parlimen bulan depan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013 manakala Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berperingkat di akhir Mei depan, bergantung pada tarikh sidang penggal pertama masing-masing.

Mengulas negeri-negeri pembangkang seperti Selangor yang mahu mengadakan pilihan raya secara berasingan jika Parlimen dibubar awal, Abdul Aziz berkata, “kalau undi tidak dibuat terlalu awal, semua akan ikut... kalau buat November, saya rasa semua ikut.”
ReadFull Article ..

Monday, December 16, 2013

Aplikasi Menarik Untuk Semua Pengguna Facebook


Sebahagian besar antara kita yang tahu perihal internet dan cara menggunakan komputer pastinya ada sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial Facebook.

Kami menemui satu aplikasi yang ‘cool’ menerusi satu laman dikenali sebagai app.thefacesoffacebook.com yang mengumpulkan semua 1,269,390,803 foto profil yang terdapat dalam laman sosial terkenal dunia itu.

Jumlah besarnya itu adalah kira-kira 1.26 bilion gambar profil melibatkan akaun semua pengguna Facebook dari seluruh dunia.


Apa yang lebih menarik ialah ianya disusun mengikut susunan giliran masa sesuatu akaun itu dicipta di Facebook.

Anda kemudian boleh melihat profil foto anda di bahagian mana di gambar besar itu yang mana foto profil anda hanya kelihatan sebagai satu antara titik pixel sebuah gambar kerana terlalu banyak gambar yang ada di Facebook.

Ianya amat menarik untuk dicuba dan anda boleh berkongsi kedudukan gambar anda dalam turutan gambar profil itu dengan rakan-rakan anda di dalam facebook.

Penulis sudah mencubanya, anda cubalah sendiri dan lihat anda giliran ke berapa di dalam turutan paling banyak ini.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS
ReadFull Article ..

Sunday, December 15, 2013

Pelarian Syria Banjiri Lubnan


Beirut – Beribu-ribu penduduk Syria dekat sempadan meredah kawasan berbukit untuk lari ke Lubnan bagi mengelak pertempuran sengit yang meledak di kawasan tengah negara itu, menurut pendedahan saksi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Mereka memenuhi dewan perkahwinan dan mendirikan pondok sementara selepas llari daripada pertempuran yang bermula Jumaat lalu, kata bekas Datuk Bandar Arsal, Bassel Hojeiri.

“Tentera gegar pergunungan Qalamoun dan mengetatkan cengkaman ke atas pengganas di Qara” Akhbar Al-Watan

Arsal yang terletak di Lubnan kini menjadi lokasi utama ramai pelarian Syria.

Tentera Syria menyerang kawasan bukit Qalamoun dari Damsyik ke Lubnan, bertujuan menghalang penghantaran bekalan ke kawasan dikuasai pemberontak di sekitar ibu negara, Damsyik.

Makanan berkurangan

Aktivis dan penganalisis berkata, pemberontak dijangka tidak akan dapat bertahan dalam pertempuran di situ kerana bekalan makanan berkurangan dan kalah beberapa kubu kuat kebelakangan ini.

Hojeiri menganggarkan kira-kira 10,000 orang melarikan diri ke Arsal, berkata kebanjiran ramai rakyat Syria sejak konflik tiga tahun itu menyebabkan penduduk di bandar itu meningkat hampir dua kali ganda.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pelarian PBB, Dana Sleiman, meletakkan angka keseluruhan ketibaan pelarian hujung minggu lalu kira-kira 1,000 keluarga.

Katanya, ramai tidak berdaftar dengan PBB dan mereka tidak dapat memberi angka tepat.

Sleiman berkata, pelarian tidak sampai ke lintasan sempadan rasmi kerana pertempuran, yang bermula Jumaat lalu.

Ada sebahagian keluarga tergesa-tergesa sehingga tidak dapat membawa barangan sebelum melarikan diri hingga tinggal sehelai sepinggang.

PBB mengedarkan selimut, tilam, makanan, lampin pakai buang dan peralatan kebersihan kepada pelarian. Beliau berkata, sebahagiannya tinggal dalam pondok setinggan di Lembah Bekaa di timur Lubnan, dan diberikan plastik tebal untuk mengukuhkan kediaman mereka bagi menahan sejuk.

800,000 pelarian berdaftar

Pelarian Syria membanjiri Lubnan sejak kebangkitan tiga tahun lalu. Pegawai Lubnan menganggarkan kira-kira 1.4 juta rakyat Syria di negara itu, termasuk 800,000 pelarian berdaftar.

Pertempuran di Qalamoun dijangka selama beberapa minggu dengan kedua-dua pihak mengukuhkan kedudukan mereka di kawasan masing-masing menjelang musim sejuk apabila kebanyakan kawasan diselaputi salji. – AGENSI
ReadFull Article ..