Monday, March 17, 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » Lelaki Gay dipenjara 40 tahun kerana jual anak lelakinya

Lelaki Gay dipenjara 40 tahun kerana jual anak lelakinya

  30 Jun 2013

  Seorang lelaki tega mengeksploitasi anak angkat lelakinya kepada para lelaki di delapan negara. Lelaki yang berasal dari Australia ini terlibat dalam jaringan global pedofil dan kini dijatuhkan  hukuman penjara selama 40 tahun.

Seorang warga Australia dijatuh hukuman 40 tahun penjara di Amerika Syarikat kerana memperdagangkan anak angkatnya kepada jaringan global pedofil.

Lelaki berusia 42 tahun ditangkap di California, tahun lalu dan ditemukan bahawa dia adalah sebahagian dari jaringan tersebut.

Polis  mengatakan lelaki tersebut dan pasangan sesama jenisnya telah berkeliling dunia dengan anak angkat lelaki mereka, diantaranya ke Australia, Amerika Syarikat, German, Perancis.

Dalam perjalanan ini mereka memperbolehkan anak angkatnya, yang ketika itu berusia antara dua dan enam tahun, untuk disentuh dan dianiaya oleh delapan lelaki dewasa.

Lelaki ini dikenakan penjara maksimum selama 40 tahun setelah dia terbukti bersalah memiliki dan membuat pornografi anak angkat lelakinya.

Polis dari   Queensland menyergap rumah tertuduh dan pasangannya di tahun 2011. Dari tinjauan serbuan, ditemukan komputer, peralatan elektronik, dan sejumlah video dan foto-foto yang berisi eksploitasi secara seksual pada anak angkatnya.

Sementara itu, mangsa yang kini berusia delapan tahun mendapatkan perawatan dan perlindungan di Amerika Syarikat.ABC Australia - detikNews

No comments:

Post a Comment