Friday, March 7, 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » VIDEO Anak Biarkan Ibu Tua Tinggal Di Kandang Babi…

VIDEO Anak Biarkan Ibu Tua Tinggal Di Kandang Babi…


Tergamaknya seorang anak melihat dan membiarkan ibu kandungnya sendiri tidur di dalam kandang babi yang kotor dan busuk di Wilayah Jiangsu, China.

Tindakan si anak, Chen Shoutian telah dikritik sebilangan besar pengguna media sosial di sana setelah sebuah stesen televisyen menyiarkan tentang kisah ibunya yang berusia 100 tahun tinggal dalam kandang babi sejak dua tahun lepas.

Bagaimanapun Shoutian mendakwa ibunya yang rela hati mahu menginap di situ walaupun terdapat enam buah bilik dalam rumah anaknya itu.

Namun, kebanyakan orang tidak percaya dengan kata-katanya itu malah mengatakan dia sengaja meletakkan ibunya di situ.

Hmm, memang dasar tak mengenang budi, sanggup dibiarkan ibunya menderita bermalam di tempat yang sebegitu hina dan busuk.

Ibu malang beranak lapan itu juga sudah dipujuk oleh anaknya yang lain supaya tinggal dengan mereka namun dia mengambil keputusan untuk berada di situ sahaja hingga tiba ajalnya…

Oleh: AUDREY LEE

No comments:

Post a Comment